Ar-Raudhah

السلام عليكم
اهلا وسهلا ومرهبا بكم

Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum
Selamat Datang ke blog Surau Ar- Raudhah, Tmn Bersatu-Beringin, Changlun.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pengujung laman blog ini khususnya seluruh penghuni-penghuni Taman Bersatu/Beringin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta ahli keluarga dan para sahabat sekalian.

Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Surau AR-Raudhah telah mempunyai laman blog sendiri untuk dilawati oleh ahli-ahli kariah bagi mengetahui aktiviti surau, maklumat barisan AJK, program bulanan, gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan dan juga beberapa maklumat yang boleh dimanafaatkan melalui ‘link’ ke laman blog yang berkenaan. Ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melawat laman blog surau ini.

Dengan adanya laman blog ini, Surau Ar-Raudhah telah mengorak langkah setapak lagi di dalam menyebarkan maklumat dan berita berkenaan segala aktiviti surau yang telah dan akan dijalankan kepada ahli kariah. Segala cadangan yang baik berkenaan aktiviti surau bolehlah dikirimkan melalui e-mail di laman blog ini . Pandangan dan sumbangan tuan/puan amat kami hargai demi kebaikan surau kita bersama. Sekiranya terdapat kekurangan di dalam laman blog ampun dan maaf dipinta dan Insya’ Allah akan diperbaiki kandungannya dari masa kesemasa.

Sokongan yang ‘istiqamah’ dari semua amat diharapkan dalam memakmurkan surau kita. Maksud firman Allah SWT dalam Al-Quran, “Hanyalah yang memakmurkan rumah-rumah Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain daripada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah At- Taubah ayat 18.

Dengarkan

Penghuni Taman Bersatu/Beringin..sila daftar disini..


Nama
Alamat Rumah
No.Telefon
Pemilik/Penyewa
Catatan
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

Powered byEMF Web Form